Thursday, December 2, 2010

SEJARAH TAMADUN

Defini Tamadun

The word civilization (or civilisation) has a variety of meanings related to human society. The word “civilization" comes from the Latin word for townsman or citizen, civis, and its adjectival form, civilis. To be "civilized" essentially meant being a townsman, governed by the constitution and legal statutes of that community .


Suatu kaum atau suatu kelompok manusia dikatakan bertamadun apabila mencapai suatu tahap yang tertinggi dalam kehidupan mereka.

Kota-kota telah wujud dan manusia tidak lagi hidup dalam keadaan primitif hasil perkembangan ilmu dan pengetahuan menggunakan sumber-sumber alam.

Mereka hidup dalam suatu kehidupan yang berorganisasi, teratur dan mepunyai undang-undang atau peraturan yang diamalkan untuk menjaga kesejahteraan.


Kewujudan Tamadun 

Al-A’raaf, 7:10
Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur. 

  • Suatu kawasan yang menjadi pilihan untuk dijadikan tempat tinggal sudah pastinya suatu tempat yang mempunyai sumber kehidupan
  • Kehidupan manusia berkembang dari suatu tempat yang mempunyai sumber air dan makanan
Ali-’Imran, 3:96
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia . 

  • Suatu tempat juga menjadi pusat tumpuan untuk manusia tinggal disitu kerana kepercayaan kepada sesuatu yang disembah
  • Mekah yang kosong dan tandus menjadi tempat tumpuan kerana adanya punca air (Zam-zam) dan disitulah dibina Baitullah, tempat tumpuan manusia untuk beribadah
Tamadun muncul atau wujud di sesuatu tempat berdasarkan beberapa faktor:
  • Ekonomi
  • Survival Hidup
  • Kedudukan Geografi
  • Kesesuaian Cuaca dan Alam Semulajadi
  • Kepentingan Kepercayaan dan Agama